Followers

Sunday, October 17, 2010

Segalanya Tentang Rambut.

Rambut merupakan anggota badan yang badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun ada sesetengah orang rambutnya berwarna perangf terutama bagi mereka yang tinggal di barat.

"Rambut? Ala rambutlah!" Itu sahaja yang mampu anda ungkapkan? Faktanya memang setiap daripada kita memiliki rambut. Bezanya, ada yang pendek, panjang, kerinting, kasar dan halus. Rambut merupakan mahkota wanita. Buat yang bertudung, anda juga perlu menjaganya. Tetapi agak sukar untuk menjaganya jika kita tidak mengenali akan dirinya.

Rambut tumbuh sebanyak 1sm setiap bulan dan jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun sebelum ia gugur. Ia Tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:
Fasa pertumbuhan ( Anagen) berakhir sehinnga 2 - 6 tahun
Fasa regenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 - 14 hari
Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur.